About Me

My Photo
Muhammd Fazli
View my complete profile

aDD Me aT...

Powered by Blogger.

Followers

SoNg




Saturday, May 23, 2009

Lawak:Mat rempit vs Polis

Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.

Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ke?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?

Lawak:Cikgu Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
Tuesday, May 19, 2009

Lawak:Penipu Besar

dalam sebuah kampung nih...tinggal la 1 family yg terdiri daripada si anak, ayah dan ibu...

si anak dan ayah sangat suka menipu..boleh kate tiap-tiap hari diorang kelentong penduduk-penduduk kampung...

sebabkan itu, penduduk kampung tak percaya kan diorang lagi...

nak dijadikan cerita, suatu hari tu...si ibu jatuh sakit..si anak dan ayah cuba kasi tau penduduk kampung, tapi tak dek satu orangg pon percaya...

diorangg pun fed up campur sedih....lps tu si ibu pun mati...si ayah dan anak masing-masing merasa bersalah atas kematian isteri @ ibu yang tercinta....

so diorang wat keputusan nak berubah..tak mau menipu lagi..

suatu hari tu, mase kat tepi sungai......

ayah: kita kena berubah...biar orang percaya lagi kat kite..

anak : betul tu..

ayah : aish...boring la pulak...apa kata kita main selam-selam nak??? sape boleh selam dalam sungai paling lama dia dikira pemenang...

anak : woookey..bereh

lalu, si ayah pun terjun dalam air..si anak tunggu kat tepi tebing...

10 minit berlalu......

20 minit berlalu.....

30 minit berlalu....

si ayah masih tak timbul-timbul...si anak mula bimbang...

plurp...si ayah pon timbul....

anak : apasal lama sangat menyelam tadi????

ayah : ehehehe...sorry la ek..td mase tgh menyelam..ayah jumpa kawan baik ayah..pastu die ajak ayah minum kopi kat warung...sbb tu lama tadi..( kelentong si ayah)

kini, giliran si anak lak menyelam.....

x sampai 1 minit, si anak timbul...berserta kepalanya yg berdarah....

ayah : aik....cepat nya timbul...haaaaa, apsal kepala berdarah tu????

anak : ni sume ayah punya pasal la...len kali , kalu nak gi warung tuh, bawak la duit....x pasal2 saya lak kena tibai kat kepala pasal ayah x bayar hutang kopi td...adoiiiiiii

lawak: 1 out od 10

Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..

Doktor : "Anda harus dibedah!"

Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"

Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."

Pesakit : "Apa???!!!"

Doktor : "Anda jangan takut."

Pesakit : "Kenapa?"

Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."

Lawak:3 sahabat sejati tak sejiwa

Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat


gongok.


Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an.




So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2.




Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... si kodok berkata:




"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang


perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "




Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"


Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"


Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat"


Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....


Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"


Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"


Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"




Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ......




Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.




Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"


Kura2: "Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"


Katak: "Jom..!"




Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.




Kura2: "Hah tu pon dia..!"


Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"


Ulat gongok : "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"


Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"


Ulat gongok .: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"

Lawak:Askar paling berani

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu Askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati.
Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat Askar saya sangat berani dan siap mati”

2. Jerman
Jendral : Askar maju sini
Askar : Siap jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan bilang ” Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG”

3. Indonesia
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Sebrangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mau jeneral !
Jendral : Sebrangi cepat !!
Askar : Tidak mau jeneral !
sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan Askarnya, namun tetap di tolak.
Si Jeneral berkata “Lihat Askar saya yang paling berani…. perintah jeneral langsung bisa dia tolak…”

Lawak:Kawan Baik

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya 'stokin' kau. Beli kat mana? Hahaha...
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah...
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la... Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha... (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar...
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan...
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak...)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!... Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)

Lawak:Salah Paham

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Lawak:Sakit Jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Lawak:Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sedih la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih:.............

Lawak:Pak Pandir Dan polis

Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

Lawak:Pak Pandir Dan Wartawan

satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

Lawak:Sedara

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.



Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?



Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.



Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.



Anak : Itupun sedara kiter jugak ke?

Lawak:Cara Menjawab Telefon Di Saat Kita Bz

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan
kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan
yang
betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le
korang
boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
jawab)

Lawak:Ayah Kaki Bola

Terdapat dua orang budak sedang main bola... tiba2 hujan pulak... lalu mereka pun berteduh di pondok berhampiran. Disebab tak ada apa2 yang hendak di buat dalam hujan2 tu.... mereka pun bercerita lah tentang kehebatan ayah masing2 dalam arena bola sepak si budak 1 pun mulakan cerita






budak 1 : eh kau nak tahu tak.... ayah aku kan terror tau main bola,lebih2 lagi bab sepak menyepak tu.


budak 2 : terror macamana yang kau maksudkan?..


budak 1 : macam ni.... satu hari tu... ayah aku sedang main bola....kawan2 dia lah punya hal ni.. dia boleh cabar ayah aku suruh sepak bola tinggi setinggi yang boleh. kalau kau nak tahu ayah aku ni memang orang yang tak suka di cabar. lalu ayah aku pun menyepak nya..... lepas tu semua yang ada kat situ semua nya terkejut. bola tu memang pergi tinggi. sampai dah tak nampak kelibatnya..... 4 jam kemudian.... kesemua yang berkumpul di situ terkejut kambing , sebab bola itu jatuh kembali.....haaa... baru dia orang tahu betapa terror nya ayah aku.... pastu diaorang terus 'salute' gileerr kat ayah aku. Tu sebab sekarang ni ayah aku jadi ketua kampung. pasal tu lah...


budak 2 : alahhhh... kalau macam tu ayah kau tu tak terror mana pun....teror lagi ayah aku tau tak?... ayah aku pulak macam ni.... satu hari tu.. macam ayah kau jugaklah....kena cabar..... sebaik saja ayah aku tendang bola tu dah naik tinggi dah...sampai tak nampak apa pun. lama jugak diaorang tunggu sampai malamlah....di sebab kan bola itu tak jugak jatuh, dia orang ambil keputusan untuk balik ke rumah....... esok petang nya pulak.....ayah aku pegi main bola macam biasa...... tengah best2 main tu...... tiba2... mereka semua di kejut kan dengan ada sesuatu benda macam piring besar telah landing kat situ.UFO


rupanya.Semua orang takut. tapi ayah aku ngan kawannya berani kan diri untuk dekat kat UFO tu. tiba2 pintu UFO tu terbukak.Maka keluar lah dua orang alein atau orang plenet.. sungguh menakutkan rupa dia orang. pastu orang planet tu pun turun membawa sesuatu kat tangan nya.Itu lah bola yang ayah aku tendang tu. Pastu orang planet tu memperkenalkan diri nya sorang nama nya ahmad lolam ( eh macam orang malaysia pulak) dan sorang ni nama nya dorai ( bangsa india kot?). Pas tu dia tanya sapa yang sepak bola tu sampai kat tempat dia orang.Lalu ayah aku pun angkat tangan. Apa lagi.. kena marah lah ayah aku dek kedua2 orang planet tu. Orang planet tu bagi tau lagi... kalau sekali lagi dia jumpa bola tu lagi kat tempat diaorang...dia orang tak akan pulangkan lagi.. sampai bila2............. itulah first time ayah aku kena marah dek orang planet........ amacam ?... terror tak ayah aku ?..... macam tu lah kisah nya ayah aku.


budak 1 : uuuuuuiiiiiiiiisssss !!!! terror yeee ayah engkau tu....
Monday, May 18, 2009

Lawak:Cara2 menakutkan hantu

POCONG:
Hantu yg berbungkus mcm lepat pisang baru masak ni mmg mudah cara kelemahannya.
Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kpalanya dan tarik kain balutannya.
Sudah tentu dia akan berasa malu sbb dia tidak pakai apa2 pon,
selain kain kapan pembungkusnya itu.

LANGSUIR:
Dia ni suka pandang muka kita,jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil
jelir2 lidah.Kalo x pon tunjuk cermin muka kat dia,pasti dia tersipu2 malu.

PONTIANAK:
Hantu yg suka ketawe.Kalau terserempak dgn dia,kita pon mestilah ketawe sama.
Kalau bleh kita cuba mengilai lebih kuat dr dia,tentu dia boring.

HANTU GALAH:
Hantu ni la yg paling tinggi di muka bumi.
Kalau terjumpa dia ,kita hendaklah maniarap .Pasti dia x perasan kita ada di situ.

HANTU RAYA:
Hantu ni suka beraya n suka menyamar jadi tuan dia.Caranye senang je...
sambutlah hari raya tiap kali dia,bagi duit,ajak maen meriam buluh,suruh kacau dodol
atau jaga lemang.Tentu x kacau kita sbb byk keje kene buat.

JERANGKUNG:

Dia ni ade kulit tapi nipis.Tinggal rangka je dan paling mudah utk menewaskannye.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dgn telunjuk n lihat gerak-gerinye mengimbang badan
utk berdiri tegak.

TOYOL:
Lagi snang kalo nk kalahkn dia,bagi duit satu sen berguni-guni...nnti dia ingat
duit emas,pastu dia pikul bawak balik bagi tuannye...
pastu sah2 lah dpt penampar Jepon dari tuannye sbb mana nk tukar
duit satu sen byk2 tu.

Lawak:Burung Spesel

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami…
” Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!”
Suami menjawab..
” Ala takper..burung ni spesel..tengok nie..”
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya…burung itu terus menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
” Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?”
Suaminya menjawab..” Awak cuba la buat..”
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata…

” SATU SATU LAH, BODOH..!!! ”